Versi Bahasa Malaysia.
Apa khabar anda semua? Hari ini, tanggal 10/10/10, saya sangat berbesar hati mahu berkongsi cerita dengan anda. Hari ini, saya bangun tidur pada jam 8.00 am. Kepala saya sangat pening sebab semalam tidur tidak lena. Banyak sangat perkara yang mengganggu minda saya ini. Saya pun tidak tahu hendak buat bagaimana. Saya sangat keliru, sedih dan tertekan. Alangkah bagusnya kalau saya tidak pernah memulakan benda ini sebab ianya akhirnya membuatkan saya menderita sebab tertekan.
Hati kecil saya berkata, saya memerlukan satu hari untuk menilai semula masalah saya ini. Saya perlu rasional dalam menyelesaikan perkara ini. Walaupun perkara ini kedengaran agak mudah, tetapi sebenarnya ianya satu perkara yang sangat kompleks dan memerlukan penyelesaian yang mantap dan berkesan.
Tidak tahulah. Saya sangat tidak bermaya sekarang. Semuanya serba tidak kena. Mungkin sudah tiba masanya saya mengakhiri permainan ini.
baby..baby.. baby no~~~~~
ReplyDeletehehehe..well..inilah d katak hidup,tak seindah apa yg d fkirkn..bt then,tmatkn permaina.
ReplyDelete